Selamat Datang ke Portal Rasmi Eksekutif Pemasaran PTPTN (EP) 000008949
IKUTI PANDUAN-PANDUAN YANG TELAH DISEDIAKAN DI BAWAH



Sekiranya status permohonan berubah daripada “sedang proses” kepada “lulus”, klik lulus dan print agreement dua set serta lekat setem hasil (Stem hasil tidak perlu dimatikan) bernilai rm10 di setiap agreement dan lampirkan surat tawaran masuk universiti (offer letter). Maklumat lebih lanjut boleh rujuk panduan di bawah.
*Setem hasil boleh dibeli di pejabat pos lekat sahaja pada Agreement dan tidak perlu dimatikan, sekiranya tiada stem hasil rm10 dijual@habis pelajar boleh membeli stem hasil secara online dilaman web lhdn https://stamps.hasil.gov.my/stamps/.
*Agremeent perlu di hantar ke PTPTN 14 hari dari tarikh lulus.
*Rujuk semakan senarai dokumen yang perlu disertakan mengikut turutan sekiranya ada keraguan.
*Tidak dibenarkan print Agreement depan belakang dalam satu kertas/double sided.
*Pen gunakan satu warna sahaja hitam atau biru semasa sain Agreement. Sebaiknya gunakan pen hitam, dilarang menggunakan warna yang berbeza.
PENGHANTARAN AGREEMENT PERLU DILAKUKAN DI CAWANGAN PTPTN BERDEKATAN DENGAN ANDA
Cawangan PTPTN
https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/https://www.ptptn.gov.my/operasi-pkp
CONTOH AGREEMENT YANG PERLU DISEDIAKAN DAN HANTAR KEDUA-DUA SET AGREEMENT KE PTPTN (SUSUN IKUT MUKA SURAT)
Sekiranya terdapat perubahan muka surat salinan perjanjian ptptn pelajar perlu menyesuaikan sendiri, di bawah adalah contoh sahaja





Sekiranya pelajar masih keliru cara menyusun Agreement, print Agreement menjadi dua set seperti di atas mengikut urutan muka surat serta Lampiran A (ONE SIDED SAHAJA).
Lampirkan satu salinan surat tawaran masuk Universiti pada agreement set 1.
Turunkan tanda tangan dan letak semua tarikh yang ada dalam agreement pada tarikh Agreement dihantar ke kaunter PTPTN @ pos kecuali tarikh serahan di m/s 8 dan tarikh serahan di Lampiran A perlu dikosongkan seperti dalam bulatan yang berwarna merah di atas. Dan saksi perbadanan muka surat 9 wajib di kosongkan. Hantar kedua-dua set Agreement ke PTPTN
DILARANG MENGEDIT AGREEMENT DALAM BENTUK DIGITAL SEPERTI TARIKH, TANDA TANGAN, COP SAKSI DAN YANG BERKAITAN KERANA AGREEMENT ANDA AKAN DITOLAK, TURUNKAN TANDA TANGAN TARIKH DAN COP SAKSI DALAM BENTUK ORIGINAL MENGGUNAKAN PEN YANG SAMA WARNA SAHAJA DAN COPY YANG ASLI. (SEKIRANYA TERDAPAT MAKLUMAT PERLU DIKEMASKINI SEPERTI ALAMAT DAN SEBAGAINYA PERLU DILAKUKAN DI KAUNTER PTPTN).