CONTOH 1

Contoh tarikh pendaftaran atau tarikh mula pengajian masuk ke politeknik bermula pada September 2021, pelajar boleh mohon pinjaman PTPTN pada 1 Ogos 2021 sehingga tarikh tutup 31 Ogos 2021.

Sekiranya pelajar terlupa atau terlepas mohon pada bulan Ogos pelajar boleh mohon dikelompok 2 iaitu pada bulan 1 September 2021 sehingga 30 September 2021.

Permohonan pinjaman adalah tertakluk kepada perubahan semasa, sekiranya pelajar keliru ataupun tidak pasti sila datang ke kaunter PTPTN berdekatan untuk bantuan atau hubungi cawangan PTPTN berdekatan Semasa Fasa pemulihan Covid janji temu diperlukan.

CONTOH 2

Contoh tarikh pendaftaran atau tarikh mula pengajian masuk ke Kolej Sidma bermula pada Februari 2021, pelajar boleh mohon pinjaman PTPTN pada 1 Januari 2021 sehingga tarikh tutup 31 Januari 2021 dan 1 Februari sehingga 28 Februari 2021.

Namun sekiranya tarikh mula pengajian dalam sistem permohonan PTPTN berbeza dengan tarikh surat tawaran masuk Universiti,  pelajar perlu memilih tarikh yang berdekatan dengan tarikh mula pengajian yang ada dalam sistem permohonan PTPTN. Sebagai contoh tarikh mula pengajian dalam sistem permohonan PTPTN hanya ada bulan Mac/Mei/Jun 2021 pelajar perlu memilih tarikh yang berdekatan dengan surat tawaran masuk Universiti iaitu pada Mac 2021. Sekiranya pelajar melilih tarikh Mei 2021 permohonan adalah tidak sah.