Selamat Datang ke Portal Rasmi Eksekutif Pemasaran PTPTN (EP) 000008949

ISI MAKLUMAT BELUM LENGKAP UNTUK PERMOHONAN PTPTN
* IPTA = UNIVERSITI AWAM & IPTS = UNIVERSITI SWASTA

Perkara Penting Yang Perlu Diambil Perhatian!!!
1. Pastikan kursus/program yang dimohon sama seperti surat tawaran masuk Universiti, kesilapan memasukan kursus/program akan menyebabkan permohonan anda ditolak semasa menghantar agreement di kaunter PTPTN.

2. Penjaga pertama harus diisi bagi penerima BSH, sekiranya ibu penerima BSH, letakkan maklumat ibu di penjaga pertama. Sekiranya Ayah penerima BSH letakkan maklumat ayah di penjaga pertama.

3. Sekiranya tarikh surat tawaran pendaftaran masuk Universiti  tidak sama tarikh mula pengajian dalam sistem permohonan pinjaman PTPTN pilih tarikh yang terdekat. Klik disini contoh untuk melihat lebih detail.

*Sekiranya pelajar sudah mempunyai akaun SSPN i, bahagian akaun SSPN i Plus boleh kosongkan.

4. Boleh kosongkan bahagian nombor matrik, no kebajikan dan no cukai sekiranya belum menerima no matrik atau tidak berkaitan.

5. Pelajar perlu melengkap butiran bahagian permohonan lain kerana video di atas adalah contoh penting yang pelajar perlu ambil perhatian kerana kesilapan akan menyebabkan permohonan pinjaman pelajar gagal.

SEKIRANYA PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN TELAH DISUBMIT/MOHON PADA BULAN INI, PELAJAR BOLEH MEMBUAT SEMAKAN KELULUSAN 7-10HB PADA BULAN BERIKUTNYA. RUJUK MENU 5